Nikah Gantung !
Dalam adat orang Melayu, kebiasaannya perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang.
Dalam adat orang Melayu, kebiasaannya perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang.
Namun, ada juga orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duan atau merendet) antara lelaki dan wanita.
Ada yang memberi alasan untuk
ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama
lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike
“cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam.
Ramai di kalangan remaja pernah
mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup
zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada
yang berkata,”Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”
Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal.. iaitu BERNIKAH!”.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya
belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat
belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”,
“Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa
rumah” dan 1001 alasan lagi.
Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang
halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara
yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.
Secara
literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan
pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan
untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu.
Definisi itu jugalah yang terdapat
dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w.
Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia.
Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat,
Hubungan pertunangan yang sekadar
perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk
menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih
dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang
bermaksud “separuh berkahwin”.
Ada pasangan yang bertunang,
berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba
menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta
mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada
yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran,
kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab
moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang
bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan
“akad nikah” dalam erti kata yang sebenar.
Akad khitbah di dalam masyarakat arab
pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di
antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak
tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan.
Pada dasarnya, mereka berdua adalah
suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk
mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut
diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)
Jika ditukarkan nama “nikah
gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak
tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”.
Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan
pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami
serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh
menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian.
Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak
bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat
diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah
seperti zaman mereka dahulu.
Zaman kini fitnahnya berleluasa dan
kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah
air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai
aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak.
Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak
mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana
persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi
menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa
moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti
jahiliah moden yang menggila ini.
Mereka menghadapi dua jalan
penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang
menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan
kemudian mereka yang akan menanggung malu.
Atau pilihan kedua, iaitu untuk
membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang
halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan
anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko.
Maka di sinilah peranan ibu bapa moden
untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi
menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan
kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah
khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan.
Ia semata-mata bertujuan untuk
mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan
melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb
dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku
bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina
mata, tangan, hati dll.)
Saya sendiri bernikah gantung (nikah
khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan
tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar
bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri
(gantung-sebab tdk duduk serumah) yang lebih menepati khitbah secara
Islam.
Malah dengan tiket nikah itu membuatkan
saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah
sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979.
Saya mahu menjadi remaja yg awal pada
zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah
dipraktikkan, insyaAllah.
Doakan! :)
Di petik dari ulasan: Ustaz Hashim Al-Maranji
No comments:
Post a Comment