Saturday, May 26, 2012

T__T

Aduh.. Tertunduk hati mengenangkan keadaan malang itu..
Adakah diri ini yang akan dipersilakan masuk ke dalam Neraka itu?
Adakah diri ini yang akan dipersilakan menikmati kesengsaraan Azab?

++++


Ya Allah.. Diri ini berlindung kepada-Mu
Masukkanlah diri ini ke dalam rombongan yang bakal ke Syurga-Mu
Masukkanlah kami dalam rombongan yang Engkau Redhai.
Amiin. .

pujian vs kejian


# Jangan berbangga dengan pujian teman kerana disebalik pujian terdapat satu kejian

10 Muwasafat Tarbiyah





.....Berikut merupakan 10 Muwasofat Tarbiyah (Sifat-sifat yang lahir daripada Tarbiyah Islam)..
Sudahkah kita memiliki peribadi sedemikian?

~AQIDAH yang sejahtera.


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar." [49:15]


~IBADAH yang benar.

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً 


"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawaban." [17:36]



~AKHLAQ yang mantap.



لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." [33:21]


~Luas PENGETAHUAN.

Sabda Rasulullah SAW; “Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu pengetahuan, Allah permudahkan baginya jalan menuju Syurga.” [Jami’ Al-Tirmizi]



~Sangat menjaga MASA.


وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan  menasihati dengan kesabaran." [103:1-3]


~Mampu BERDIKARI.

 Sabda Rasulullah SAW; “Orang yang bijaksana ialah orang yang sentiasa menghisab dirinya dan bekerja untuk kehidupan selepas matinya.” [Jami’ Al-Tirmizi]


~MELAWAN Nafsu.


أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" [45:23]


~TERSUSUN dalam urusan.
Sabda Rasulullah SAW; “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia lakukan dengan cermat dan sempurna.” [Al-Tabraniy]


~SIHAT tubuh badan.

Sabda Rasulullah SAW; "Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah,dan masing-masing memiliki kebaikan"
(Riwayat Muslim)


~BERMANFAAT pada orang lain.

Sabda Rasulullah SAW; “Orang yang paling disukai oleh Allah ialah mereka
yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.”
[Al-Tabraniy]






mohon apa yg kita perlu bukan yg kita nak




# mohon apa yg kita perlu bukan yg kita nak :')

♥Allahurabbi :') ♥

 
You knock ♥ He opens
You attend ♥ He welcomes
You ask ♥ He gives
You sin ♥ He forgives
You repent ♥ He forgets
You cry ♥ He listens

Everything you do, is about you; and everything He does, is about you...
So which of Allah's favours would you deny? ♥ ♥ ♥
 
 

muhasabah diri

Assalamualaykum dan Salam Sejahtera ! ^^
“ Jom muhasabah diri kejap..”

Duhai diri yang sedang hidup di dunia ini,

Pernah atau tidak kita memikirkan tentang nasib kita di akhirat sana?

Jika pernah, apa pula tindakan kita ke arahnya?


Cuba renungkan apa yang akan berlaku terhadap diri kita di Padang Mahsyar nanti..
Adakah kita termasuk dalam golongan yang Allah redha ataupun sebaliknya?
Adakah kita akan berhimpun dalam kelompok yang bakal masuk ke Syurga atau ke Neraka?

Semuanya akan terjawab apabila tiba masanya.


Beruntunglah orang-orang yang sedang berusaha untuk mendapatkan redha serta rahmat daripada Allah. Kelak di akhirat sana, Allah akan beri apa yang di usahakannya itu. Itu janji Allah!

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى

"Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya, dan bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihat (kepadanya)." [53:39-40]

Allahuakbar.. Periksalah keadaan diri kita sekarang..
Apa usaha yang sudah kita lakukan?
Jawablah dengan lidah yang jujur,
Jawablah dengan hati yang luhur,
Jawablah dengan tindakan yang subur..

Bertindaklah untuk akhiratmu.. pastikan kerana Allah..



++++
Nah.. Sedikit catatan perkongsian berdasarkan kuliah subuh yang dihadiri;
Mudah-mudahan dapat difahami serta diamalkan dengan bersungguh-sungguh.

Berikut merupakan beberapa tips yang di sebutkan oleh Rasulullah SAW berkenaan golongan yang akan selamat di akhirat sana.

“ Di mana diriku dalam golongan itu?”


7 Golongan yang bakal mendapat naungan rahmat Allah Pada hari akhirat kelak..   

[Hadith riwayat Abu Daud & Ibnu Majah]



1. Pemerintah yang ADIL..
~Kita adalah pemimpin diri kita. Sebagai ketua, jangan sesekali kita berlaku zalim ketika memimpin keluarga, ketika memimpin masyarakat lebih-lebih lagi ketika memimpin Negara.

2.  Pemuda yang hidupnya dengan IBADAH..
~Solat,puasa,zakat,haji dan lain-lain. Ingat ! Kerjapun ibadah juga. Studypun ibadah juga.
~buat apa-apa perkara sekalipun akan dianggap ibadah sekiranya tidak bercanggah dengan sunnah serta ikhlas kerana Allah semata-mata.

3.  Orang yang hatinya terikat dengan MASJID..
~hehee.. marilah rajin-rajinkan diri datang solat berjemaah di masjid !
~Satu kali setiap haripun OK, daripada tidak datang langsung, Huu.. rugi besar..

4.  Dua orang yang BERKASIH-SAYANG kerana Allah..
~mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah..
~Maka ramaikanlah kawan yang baik-baik..

5.  Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: AKU TAKUT PADA ALLAH!!

6.  Orang yang BERSEDEKAH secara sembunyi..
~Tidak riak (menunjuk-nunjuk), tidak takbur dan tidak bangga diri
apabila melakukan kebaikan.

7.  Orang yang mengingati Allah
 lalu menitis air matanya..
~Menangis kerana sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan
menyesali segala dosanya yang telah lalu..


Hayati.. Fikir-fikirkan.. Dan bertindaklah.. duhai diriku..








Baca selalu dan bertindak kearahnya..







~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~

KALAU

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman…

Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer…
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis nih…kesiannyer…

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati…

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata: hmm…taktik nak ngorat la tu…

Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la…bagai pinang d belah dua…

Kalau perempuan tak cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian…mst dah kena bomoh lelaki tu…

Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!

Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject…

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato’ mana bela ni…

Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah…caringnyer…

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu…

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don’t worry,i will make u happy forever…

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la…

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu…

Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu…

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu…

Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer…!!

Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia…boring!

P/s: Actually wanita itu adalah sebaik-baik perhiasan di dunia ni…so hargailah wanita itu !..
 

ber-HUSNUZON-lah

 
Assalamaualykum dan Salam Sejahtera ! ^^
HUSNUZON
"Tidak bererti kita tak call orang tu kita tidak ingat pada dia, tidak bermakna kita tidak tegur dia kita tidak sayang pada dia, tidak bermaksud kita tidak rapat dengan dia kita tidak pernah fikir cara untuk merapatkan diri dengan dia.

Kadang kala orang yang jauh beribu batu dengan kita, orang yang jarang call kita, orang yang jarang senyum dengan kita, orang yang kita jarang jumpa, ialah merek
a yang selalu ingat pada kita.

Bersangka baiklah dengan Allah, bersangka baiklah dengan mereka terutama mereka yang bersangka baik dengan Allah. Salah faham adalah lumrah dalam hidup manusia. Tidak semua orang boleh baca apa yang tersirat dalam hati kita, kalau kita tidak luahkan masakan mereka tahu. Kita tidak boleh expect orang nak go after us each time sebab kadangkala orang tu assume yang kita tidak mahu diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dengan soalan-soalan, sebagai contoh, bertanya khabar.


Untuk menguji sejauh mana orang itu ikhlas bersahabat dengan kita adakah dia hanya sahabat ketika ketawa atau dia sahabat ketika mengalir air mata. Memang susah hendak meluahkan sesuatu terutama pada mereka yang kita tidak percaya tapi tidak rugi kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita. Mungkin mereka sudah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri, sebab nanti kalau silap tanyamereka akan dikata busy body.


Walhal mereka hanya mahu membantu apa yang terdaya. Hidup manusia terlalu complicated bagi mereka yang menganggap hidup ini complicated dan hidup ini mudah. Bagi mereka yang menganggap hidup ini mudah manusia itu bersifat ikhtiariah, boleh memilih apa yang dia mahu sebab dia ada akal. Andai kita pilih untuk hidup dengan mudah maka kita akan dapat hidup dengan mudah. Andai kita pilih untuk hidup susah maka kita akan dapat untuk hidup susah. Andai kita pilih untuk hidup sebagai pejuang maka kita akan berusaha untuk hidup sebagai pejuang. Allah sayangkan kita. Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah, hanya mereka yang berakal akan menggunakannya dan mereka inilah yang mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T..

lagi manis.....,

''Saya suka melihat gadis berbaju kurung, manis''

''Saya suka melihat gadis menutup aurat, sweet''

''Saya suka tengok perempuan pakai niqab. Mesti lawa''

--------------
Tapi, lagi manis, lagi lawa, lagi sweet kalau MUNG jaga pandangan mata tu..!!
LOL !
minat kuliah2 UAI ! ^^


 

Tips Menahan Nafsu

Assalamualaykum dan Salam Sejahtera ! ^^
“Tips Menahan Nafsu”


Maka apakah orang-orang yang berpegang pada keterangan yang datang dari Tuhannya sama dengan orang yang (setan) menjadikan mereka memandang baik perbuatannya yang buruk itu dan mengikuti hawa nafsunya (QS. 47:14) Orang-orang yan mengikuti hawa nafsunya termasuk ahli neraka, dan sebaliknya orang-orang yang pandai menahan hawa nafsu maka dia termasuk ahli surga.

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. (QS. 79:40) maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya). (QS. 79:41)”

Yang kedua adalah selalu ingat kepada Allah :

“(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):”Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (QS.3:191)”

Dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram, dan hawa nafsupun terkendalikan, karena mengetahui resiko dari penggunaan hawa nafsu. “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (QS. 13:28)”

Karena kalau kita lupa mengingat Allah, maka setanpun dengan menunggangi
keinginan dan hawa nafsu kita: “Setan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan.Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan setan itulah golongan yang merugi. (QS. 58:19)”

Yang ketiga adalah selalu mencari jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya :
Hai orang-orang yang beriman bertakwalah Kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. (QS. 5:35)

Insya Allah dengan ketiga cara itu maka lambat laun kita dapat mengendalikan hawa nafsu kita. Wallahu a’lamu bishshawab.
 


Masehhh sudi baca ! ^^
 

Alhamdulillah , aku berSYUKUR. .

Assalamualaykum dan salam sejahtera ! ^^
 
Alhamdulillah , aku berSYUKUR. .
jangan terlalu berpuas hati degan taraf, kedudukan, ilmu yang kita ada sekarang.. masih belum cukup lagi ilmu yg berada di dada kita.. mungkin ilmu yang ada hanya buih buih di lautan.. jangan terlalu bangga dengan kepandai, kepintaran, kemahiran yang ada, mungkin di luar sanam, mungkin ada orang yang lagi, yang lebih bijak daripada kita... kesimpulannya, usaha mesti dipertingkatkan lagi dan yang paliing penting ialah BERSYUKUR kepada Allah dengan keistimewaan yang diberi NYA kepada kita...
 

Masehhh sudi baca ! ^^
 

Kewajiban seorang suami kepada istrinya

Assalamualaykum dan Salam Sejahtera ! ^^
 
Kewajiban seorang suami kepada istrinya adalah:

1. Membayar mahar dengan sempurna.
2. Memberi nafkah. Rasulullah saw. bersabda, “Takutlah kepada Allah dalam memperlakukan wanita, karena kamu mengambil mereka dengan amanat Allah dan kamu halalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah; dan kewajiban kamu adalah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik.”
3. Suami wajib memberi perlindungan kepada istrinya.
4. melindungi istri dari siksa api neraka. Ini perintah Allah swt., “Hai orang-orang yang beriman, selamatkan dirimu dan keluargamu dari api neraka.”
5. mempergauli istri dengan baik. Allah berfirman, “Dan pergaulilah mereka dengan cara yang baik.” (An-Nisa: 19)
Rasulullah saw. bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya; dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap istrinya.” (Tirmidzi)
Masehhhh sudi baca ! ^^
 

Monday, May 14, 2012

habis maduuuu . . .

Assalamualaykum dan Salam Sejahtera. . ! ^^

Kenapa lah hari ni terasa panas semacam ja. . dah mandi pun still berpeluh2. .  Mungkin global warming agaknya. . kan2?

semalam ummi cerita kat saya , tentang manusia ni mudah bosan dengan sesuatu benda ni. . ummi seolah2 dapat baca fikiran saya. . sebabnya saya rasa situasi tersebut. . *sedihgila!*

nikmat di dunya ni apa lah sangat berbanding nikmat di akhirat kan. . 

kita tak rety menghargai sesuatu, bila kita nampak sesuatu yang lain yang lebih berharga. .

Ya Allah , hanya Engkau sahaja yang maha mengetahui segala isi hatu hamba ini. . Sesungguhnya Engkau dekat seperti lebih dekat kita dengan urat marikh. . :')

.: sekian , wassalam :.




Masehh sudi baca !

Monday, May 7, 2012

fuhh !

Assalamualaykum dan Salam Sejahtera ! ^^

Laptop dah pulih sepenuhnya ! tanpa dibawa jalan2 ke kedai baiki laptop ! ^^

Alhamdulillah !





Masehh sudi baca !

asam garam

Assalamualaykum dan Salam Sejahtera. .

Ampunkan dosa ku yaAllah , kerana aku lebih merindukan hambaMu daripada aku merindukan Engkau dan RasulMu. .


 


Tadi lepas shoping barang2 kakngah dengan illyas di Carefour , bapak mood baaaaekk punya nak belanja mamam di Pelita ! hoorayy !






tapi slek sebab ber-jam tunggu. . order tulis bagai2 ! menguji kesobaran betui ! naseb la ade tv ,


Man Utd vs Swansea


xbest pon laaayannnn je~





HAHA !







 kbai ! nyte !
 


oppppss ! sebelum tidur baca doa tidur dulu. .






(touching pulak tgk gambar ni , sebab dia pernah post kat fb dulu)




Kita Allah Punya *si-mata-bulat*