ber-HUSNUZON-lah
Assalamaualykum dan Salam Sejahtera ! ^^
HUSNUZON
"Tidak
bererti kita tak call orang tu kita tidak ingat pada dia, tidak
bermakna kita tidak tegur dia kita tidak sayang pada dia, tidak
bermaksud kita tidak rapat dengan dia kita tidak pernah fikir cara untuk
merapatkan diri dengan dia.
Kadang kala orang yang jauh
beribu batu dengan kita, orang yang jarang call kita, orang yang jarang
senyum dengan kita, orang yang kita jarang jumpa, ialah merek a yang selalu ingat pada kita.
Bersangka baiklah dengan Allah, bersangka baiklah dengan mereka
terutama mereka yang bersangka baik dengan Allah. Salah faham adalah
lumrah dalam hidup manusia. Tidak semua orang boleh baca apa yang
tersirat dalam hati kita, kalau kita tidak luahkan masakan mereka tahu.
Kita tidak boleh expect orang nak go after us each time sebab kadangkala
orang tu assume yang kita tidak mahu diganggu walaupun hakikatnya kita
mahu dihujani dengan soalan-soalan, sebagai contoh, bertanya khabar.
Untuk menguji sejauh mana orang itu ikhlas bersahabat dengan kita
adakah dia hanya sahabat ketika ketawa atau dia sahabat ketika mengalir
air mata. Memang susah hendak meluahkan sesuatu terutama pada mereka
yang kita tidak percaya tapi tidak rugi kalau kita membuang perasaan
malu dan bercerita. Mungkin mereka sudah tahu cerita kita sebelum kita
ceritakan lagi tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri, sebab nanti
kalau silap tanyamereka akan dikata busy body.
Walhal mereka
hanya mahu membantu apa yang terdaya. Hidup manusia terlalu complicated
bagi mereka yang menganggap hidup ini complicated dan hidup ini mudah.
Bagi mereka yang menganggap hidup ini mudah manusia itu bersifat
ikhtiariah, boleh memilih apa yang dia mahu sebab dia ada akal. Andai
kita pilih untuk hidup dengan mudah maka kita akan dapat hidup dengan
mudah. Andai kita pilih untuk hidup susah maka kita akan dapat untuk
hidup susah. Andai kita pilih untuk hidup sebagai pejuang maka kita akan
berusaha untuk hidup sebagai pejuang. Allah sayangkan kita. Dia
turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah, hanya mereka yang berakal akan
menggunakannya dan mereka inilah yang mendapat petunjuk daripada Allah
S.W.T..
Kita Allah Punya *si-mata-bulat*
No comments:
Post a Comment