Assalamualaykum dan Salam Sejahtera ! ^^
“ Jom muhasabah diri kejap..”
Duhai diri yang sedang hidup di dunia ini,
Pernah atau tidak kita memikirkan tentang nasib kita di akhirat sana?
Jika pernah, apa pula tindakan kita ke arahnya?
Pernah atau tidak kita memikirkan tentang nasib kita di akhirat sana?
Jika pernah, apa pula tindakan kita ke arahnya?
Cuba renungkan apa yang akan berlaku terhadap diri kita di Padang Mahsyar nanti..
Adakah kita termasuk dalam golongan yang Allah redha ataupun sebaliknya?
Adakah kita akan berhimpun dalam kelompok yang bakal masuk ke Syurga atau ke Neraka?
Semuanya akan terjawab apabila tiba masanya.
Beruntunglah orang-orang yang sedang berusaha untuk mendapatkan redha serta rahmat daripada Allah. Kelak di akhirat sana, Allah akan beri apa yang di usahakannya itu. Itu janji Allah!
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى
"Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya, dan bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihat (kepadanya)." [53:39-40]
Allahuakbar.. Periksalah keadaan diri kita sekarang..
Apa usaha yang sudah kita lakukan?
Jawablah dengan lidah yang jujur,
Jawablah dengan hati yang luhur,
Jawablah dengan tindakan yang subur..
Bertindaklah untuk akhiratmu.. pastikan kerana Allah..
Apa usaha yang sudah kita lakukan?
Jawablah dengan lidah yang jujur,
Jawablah dengan hati yang luhur,
Jawablah dengan tindakan yang subur..
Bertindaklah untuk akhiratmu.. pastikan kerana Allah..
++++
Nah.. Sedikit catatan perkongsian berdasarkan kuliah subuh yang dihadiri;
Mudah-mudahan dapat difahami serta diamalkan dengan bersungguh-sungguh.
Berikut merupakan beberapa tips yang di sebutkan oleh Rasulullah SAW berkenaan golongan yang akan selamat di akhirat sana.
Mudah-mudahan dapat difahami serta diamalkan dengan bersungguh-sungguh.
Berikut merupakan beberapa tips yang di sebutkan oleh Rasulullah SAW berkenaan golongan yang akan selamat di akhirat sana.
“ Di mana diriku dalam golongan itu?”
7 Golongan yang bakal mendapat naungan rahmat Allah Pada hari akhirat kelak..
[Hadith riwayat Abu Daud & Ibnu Majah]
1. Pemerintah yang ADIL..
~Kita adalah pemimpin diri kita. Sebagai
ketua, jangan sesekali kita berlaku zalim ketika memimpin keluarga,
ketika memimpin masyarakat lebih-lebih lagi ketika memimpin Negara.
2. Pemuda yang hidupnya dengan IBADAH..
~Solat,puasa,zakat,haji dan lain-lain. Ingat ! Kerjapun ibadah juga. Studypun ibadah juga.
~buat apa-apa perkara sekalipun akan dianggap ibadah sekiranya tidak bercanggah dengan sunnah serta ikhlas kerana Allah semata-mata.
~buat apa-apa perkara sekalipun akan dianggap ibadah sekiranya tidak bercanggah dengan sunnah serta ikhlas kerana Allah semata-mata.
3. Orang yang hatinya terikat dengan MASJID..
~hehee.. marilah rajin-rajinkan diri datang solat berjemaah di masjid !
~Satu kali setiap haripun OK, daripada tidak datang langsung, Huu.. rugi besar..
4. Dua orang yang BERKASIH-SAYANG kerana Allah..
~mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah..
~Maka ramaikanlah kawan yang baik-baik..
5. Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: AKU TAKUT PADA ALLAH!!
6. Orang yang BERSEDEKAH secara sembunyi..
~Tidak riak (menunjuk-nunjuk), tidak takbur dan tidak bangga diri
apabila melakukan kebaikan.
7. Orang yang mengingati Allah
lalu menitis air matanya..
lalu menitis air matanya..
~Menangis kerana sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan
menyesali segala dosanya yang telah lalu..
Hayati.. Fikir-fikirkan.. Dan bertindaklah.. duhai diriku..
Hayati.. Fikir-fikirkan.. Dan bertindaklah.. duhai diriku..
Baca selalu dan bertindak kearahnya..
~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~
No comments:
Post a Comment