Friday, June 22, 2012

Nikah Gantung(Khitbah) tiket untuk couple !

Nikah Gantung !


Dalam adat orang Melayu, kebiasaannya perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang.





Namun, ada juga orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duan atau merendet) antara lelaki dan wanita.

Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam.

Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,”Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”
Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal.. iaitu BERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi.

Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

 Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu.
Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat,

Hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”.

Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar.

Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan.

Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”.

Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.





Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian.

Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu.
Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak.

Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini.

Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu.
Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko.

Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan.

Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.)

Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yang lebih menepati khitbah secara Islam.
Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979.

Saya mahu menjadi remaja yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan, insyaAllah. Doakan! :)
 Di petik dari ulasan: Ustaz Hashim Al-Maranji

Saturday, May 26, 2012

T__T

Aduh.. Tertunduk hati mengenangkan keadaan malang itu..
Adakah diri ini yang akan dipersilakan masuk ke dalam Neraka itu?
Adakah diri ini yang akan dipersilakan menikmati kesengsaraan Azab?

++++


Ya Allah.. Diri ini berlindung kepada-Mu
Masukkanlah diri ini ke dalam rombongan yang bakal ke Syurga-Mu
Masukkanlah kami dalam rombongan yang Engkau Redhai.
Amiin. .

pujian vs kejian


# Jangan berbangga dengan pujian teman kerana disebalik pujian terdapat satu kejian

10 Muwasafat Tarbiyah





.....Berikut merupakan 10 Muwasofat Tarbiyah (Sifat-sifat yang lahir daripada Tarbiyah Islam)..
Sudahkah kita memiliki peribadi sedemikian?

~AQIDAH yang sejahtera.


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar." [49:15]


~IBADAH yang benar.

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً 


"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawaban." [17:36]



~AKHLAQ yang mantap.



لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." [33:21]


~Luas PENGETAHUAN.

Sabda Rasulullah SAW; “Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu pengetahuan, Allah permudahkan baginya jalan menuju Syurga.” [Jami’ Al-Tirmizi]



~Sangat menjaga MASA.


وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan  menasihati dengan kesabaran." [103:1-3]


~Mampu BERDIKARI.

 Sabda Rasulullah SAW; “Orang yang bijaksana ialah orang yang sentiasa menghisab dirinya dan bekerja untuk kehidupan selepas matinya.” [Jami’ Al-Tirmizi]


~MELAWAN Nafsu.


أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" [45:23]


~TERSUSUN dalam urusan.
Sabda Rasulullah SAW; “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia lakukan dengan cermat dan sempurna.” [Al-Tabraniy]


~SIHAT tubuh badan.

Sabda Rasulullah SAW; "Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah,dan masing-masing memiliki kebaikan"
(Riwayat Muslim)


~BERMANFAAT pada orang lain.

Sabda Rasulullah SAW; “Orang yang paling disukai oleh Allah ialah mereka
yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.”
[Al-Tabraniy]






mohon apa yg kita perlu bukan yg kita nak




# mohon apa yg kita perlu bukan yg kita nak :')

♥Allahurabbi :') ♥

 
You knock ♥ He opens
You attend ♥ He welcomes
You ask ♥ He gives
You sin ♥ He forgives
You repent ♥ He forgets
You cry ♥ He listens

Everything you do, is about you; and everything He does, is about you...
So which of Allah's favours would you deny? ♥ ♥ ♥
 
 

muhasabah diri

Assalamualaykum dan Salam Sejahtera ! ^^
“ Jom muhasabah diri kejap..”

Duhai diri yang sedang hidup di dunia ini,

Pernah atau tidak kita memikirkan tentang nasib kita di akhirat sana?

Jika pernah, apa pula tindakan kita ke arahnya?


Cuba renungkan apa yang akan berlaku terhadap diri kita di Padang Mahsyar nanti..
Adakah kita termasuk dalam golongan yang Allah redha ataupun sebaliknya?
Adakah kita akan berhimpun dalam kelompok yang bakal masuk ke Syurga atau ke Neraka?

Semuanya akan terjawab apabila tiba masanya.


Beruntunglah orang-orang yang sedang berusaha untuk mendapatkan redha serta rahmat daripada Allah. Kelak di akhirat sana, Allah akan beri apa yang di usahakannya itu. Itu janji Allah!

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى

"Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya, dan bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihat (kepadanya)." [53:39-40]

Allahuakbar.. Periksalah keadaan diri kita sekarang..
Apa usaha yang sudah kita lakukan?
Jawablah dengan lidah yang jujur,
Jawablah dengan hati yang luhur,
Jawablah dengan tindakan yang subur..

Bertindaklah untuk akhiratmu.. pastikan kerana Allah..



++++
Nah.. Sedikit catatan perkongsian berdasarkan kuliah subuh yang dihadiri;
Mudah-mudahan dapat difahami serta diamalkan dengan bersungguh-sungguh.

Berikut merupakan beberapa tips yang di sebutkan oleh Rasulullah SAW berkenaan golongan yang akan selamat di akhirat sana.

“ Di mana diriku dalam golongan itu?”


7 Golongan yang bakal mendapat naungan rahmat Allah Pada hari akhirat kelak..   

[Hadith riwayat Abu Daud & Ibnu Majah]



1. Pemerintah yang ADIL..
~Kita adalah pemimpin diri kita. Sebagai ketua, jangan sesekali kita berlaku zalim ketika memimpin keluarga, ketika memimpin masyarakat lebih-lebih lagi ketika memimpin Negara.

2.  Pemuda yang hidupnya dengan IBADAH..
~Solat,puasa,zakat,haji dan lain-lain. Ingat ! Kerjapun ibadah juga. Studypun ibadah juga.
~buat apa-apa perkara sekalipun akan dianggap ibadah sekiranya tidak bercanggah dengan sunnah serta ikhlas kerana Allah semata-mata.

3.  Orang yang hatinya terikat dengan MASJID..
~hehee.. marilah rajin-rajinkan diri datang solat berjemaah di masjid !
~Satu kali setiap haripun OK, daripada tidak datang langsung, Huu.. rugi besar..

4.  Dua orang yang BERKASIH-SAYANG kerana Allah..
~mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah..
~Maka ramaikanlah kawan yang baik-baik..

5.  Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: AKU TAKUT PADA ALLAH!!

6.  Orang yang BERSEDEKAH secara sembunyi..
~Tidak riak (menunjuk-nunjuk), tidak takbur dan tidak bangga diri
apabila melakukan kebaikan.

7.  Orang yang mengingati Allah
 lalu menitis air matanya..
~Menangis kerana sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan
menyesali segala dosanya yang telah lalu..


Hayati.. Fikir-fikirkan.. Dan bertindaklah.. duhai diriku..








Baca selalu dan bertindak kearahnya..







~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~

KALAU

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman…

Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer…
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis nih…kesiannyer…

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati…

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata: hmm…taktik nak ngorat la tu…

Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la…bagai pinang d belah dua…

Kalau perempuan tak cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian…mst dah kena bomoh lelaki tu…

Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!

Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject…

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato’ mana bela ni…

Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah…caringnyer…

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu…

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don’t worry,i will make u happy forever…

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la…

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu…

Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu…

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu…

Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer…!!

Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia…boring!

P/s: Actually wanita itu adalah sebaik-baik perhiasan di dunia ni…so hargailah wanita itu !..
 

ber-HUSNUZON-lah

 
Assalamaualykum dan Salam Sejahtera ! ^^
HUSNUZON
"Tidak bererti kita tak call orang tu kita tidak ingat pada dia, tidak bermakna kita tidak tegur dia kita tidak sayang pada dia, tidak bermaksud kita tidak rapat dengan dia kita tidak pernah fikir cara untuk merapatkan diri dengan dia.

Kadang kala orang yang jauh beribu batu dengan kita, orang yang jarang call kita, orang yang jarang senyum dengan kita, orang yang kita jarang jumpa, ialah merek
a yang selalu ingat pada kita.

Bersangka baiklah dengan Allah, bersangka baiklah dengan mereka terutama mereka yang bersangka baik dengan Allah. Salah faham adalah lumrah dalam hidup manusia. Tidak semua orang boleh baca apa yang tersirat dalam hati kita, kalau kita tidak luahkan masakan mereka tahu. Kita tidak boleh expect orang nak go after us each time sebab kadangkala orang tu assume yang kita tidak mahu diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dengan soalan-soalan, sebagai contoh, bertanya khabar.


Untuk menguji sejauh mana orang itu ikhlas bersahabat dengan kita adakah dia hanya sahabat ketika ketawa atau dia sahabat ketika mengalir air mata. Memang susah hendak meluahkan sesuatu terutama pada mereka yang kita tidak percaya tapi tidak rugi kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita. Mungkin mereka sudah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri, sebab nanti kalau silap tanyamereka akan dikata busy body.


Walhal mereka hanya mahu membantu apa yang terdaya. Hidup manusia terlalu complicated bagi mereka yang menganggap hidup ini complicated dan hidup ini mudah. Bagi mereka yang menganggap hidup ini mudah manusia itu bersifat ikhtiariah, boleh memilih apa yang dia mahu sebab dia ada akal. Andai kita pilih untuk hidup dengan mudah maka kita akan dapat hidup dengan mudah. Andai kita pilih untuk hidup susah maka kita akan dapat untuk hidup susah. Andai kita pilih untuk hidup sebagai pejuang maka kita akan berusaha untuk hidup sebagai pejuang. Allah sayangkan kita. Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah, hanya mereka yang berakal akan menggunakannya dan mereka inilah yang mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T..

lagi manis.....,

''Saya suka melihat gadis berbaju kurung, manis''

''Saya suka melihat gadis menutup aurat, sweet''

''Saya suka tengok perempuan pakai niqab. Mesti lawa''

--------------
Tapi, lagi manis, lagi lawa, lagi sweet kalau MUNG jaga pandangan mata tu..!!
LOL !
minat kuliah2 UAI ! ^^


 

Tips Menahan Nafsu

Assalamualaykum dan Salam Sejahtera ! ^^
“Tips Menahan Nafsu”


Maka apakah orang-orang yang berpegang pada keterangan yang datang dari Tuhannya sama dengan orang yang (setan) menjadikan mereka memandang baik perbuatannya yang buruk itu dan mengikuti hawa nafsunya (QS. 47:14) Orang-orang yan mengikuti hawa nafsunya termasuk ahli neraka, dan sebaliknya orang-orang yang pandai menahan hawa nafsu maka dia termasuk ahli surga.

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. (QS. 79:40) maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya). (QS. 79:41)”

Yang kedua adalah selalu ingat kepada Allah :

“(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):”Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (QS.3:191)”

Dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram, dan hawa nafsupun terkendalikan, karena mengetahui resiko dari penggunaan hawa nafsu. “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (QS. 13:28)”

Karena kalau kita lupa mengingat Allah, maka setanpun dengan menunggangi
keinginan dan hawa nafsu kita: “Setan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan.Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan setan itulah golongan yang merugi. (QS. 58:19)”

Yang ketiga adalah selalu mencari jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya :
Hai orang-orang yang beriman bertakwalah Kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. (QS. 5:35)

Insya Allah dengan ketiga cara itu maka lambat laun kita dapat mengendalikan hawa nafsu kita. Wallahu a’lamu bishshawab.
 


Masehhh sudi baca ! ^^
 

Alhamdulillah , aku berSYUKUR. .

Assalamualaykum dan salam sejahtera ! ^^
 
Alhamdulillah , aku berSYUKUR. .
jangan terlalu berpuas hati degan taraf, kedudukan, ilmu yang kita ada sekarang.. masih belum cukup lagi ilmu yg berada di dada kita.. mungkin ilmu yang ada hanya buih buih di lautan.. jangan terlalu bangga dengan kepandai, kepintaran, kemahiran yang ada, mungkin di luar sanam, mungkin ada orang yang lagi, yang lebih bijak daripada kita... kesimpulannya, usaha mesti dipertingkatkan lagi dan yang paliing penting ialah BERSYUKUR kepada Allah dengan keistimewaan yang diberi NYA kepada kita...
 

Masehhh sudi baca ! ^^
 

Kewajiban seorang suami kepada istrinya

Assalamualaykum dan Salam Sejahtera ! ^^
 
Kewajiban seorang suami kepada istrinya adalah:

1. Membayar mahar dengan sempurna.
2. Memberi nafkah. Rasulullah saw. bersabda, “Takutlah kepada Allah dalam memperlakukan wanita, karena kamu mengambil mereka dengan amanat Allah dan kamu halalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah; dan kewajiban kamu adalah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik.”
3. Suami wajib memberi perlindungan kepada istrinya.
4. melindungi istri dari siksa api neraka. Ini perintah Allah swt., “Hai orang-orang yang beriman, selamatkan dirimu dan keluargamu dari api neraka.”
5. mempergauli istri dengan baik. Allah berfirman, “Dan pergaulilah mereka dengan cara yang baik.” (An-Nisa: 19)
Rasulullah saw. bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya; dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap istrinya.” (Tirmidzi)
Masehhhh sudi baca ! ^^
 

Monday, May 14, 2012

habis maduuuu . . .

Assalamualaykum dan Salam Sejahtera. . ! ^^

Kenapa lah hari ni terasa panas semacam ja. . dah mandi pun still berpeluh2. .  Mungkin global warming agaknya. . kan2?

semalam ummi cerita kat saya , tentang manusia ni mudah bosan dengan sesuatu benda ni. . ummi seolah2 dapat baca fikiran saya. . sebabnya saya rasa situasi tersebut. . *sedihgila!*

nikmat di dunya ni apa lah sangat berbanding nikmat di akhirat kan. . 

kita tak rety menghargai sesuatu, bila kita nampak sesuatu yang lain yang lebih berharga. .

Ya Allah , hanya Engkau sahaja yang maha mengetahui segala isi hatu hamba ini. . Sesungguhnya Engkau dekat seperti lebih dekat kita dengan urat marikh. . :')

.: sekian , wassalam :.




Masehh sudi baca !

Monday, May 7, 2012

fuhh !

Assalamualaykum dan Salam Sejahtera ! ^^

Laptop dah pulih sepenuhnya ! tanpa dibawa jalan2 ke kedai baiki laptop ! ^^

Alhamdulillah !





Masehh sudi baca !

asam garam

Assalamualaykum dan Salam Sejahtera. .

Ampunkan dosa ku yaAllah , kerana aku lebih merindukan hambaMu daripada aku merindukan Engkau dan RasulMu. .


 


Tadi lepas shoping barang2 kakngah dengan illyas di Carefour , bapak mood baaaaekk punya nak belanja mamam di Pelita ! hoorayy !






tapi slek sebab ber-jam tunggu. . order tulis bagai2 ! menguji kesobaran betui ! naseb la ade tv ,


Man Utd vs Swansea


xbest pon laaayannnn je~





HAHA !







 kbai ! nyte !
 


oppppss ! sebelum tidur baca doa tidur dulu. .






(touching pulak tgk gambar ni , sebab dia pernah post kat fb dulu)




Sunday, April 22, 2012

.: istikarah :.



Assalamualaykum warahmatullah dan Salam Sejahtera ^^




Allah adalah sebaik2 tempat untuk kita mengadu :') If kita nak minta sesuatu dengan sumone mesti kita ampu abes2-san kan?! Macamtu jugak dengan-Nya , bezanya kita MESTI puji dengan ikhlas apabila kita nak memohon sesuatu dari-Nya. . Sebaik2 pujian hanyalah bagi Allah. . . Sentiasa lah kita memuji kebesaran-Nya. . . Selain itu , kita juga hendaklah menginsafi dosa2 yang kita telah lakukan kepada-Nya terlebih dahulu. .  




Allah TIDAK PERNAH JEMU meng-ampuni hamba-Nya. .Bahkan Allah palingggggggg suka hamba-Nya yang baaaanyak melakukan dosa tetapi baaaaanyak juga ber-taubat kepada-Nya ! *subhanallah !* :')




"Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w (selawat !) bersabda ,




yang ber-maksud :




Iblis berkata kepada kepada Tuhannya : "Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu , aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama roh masih berada dalam jasad mereka. . ."





Allah s.w.t menjawab : "Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku , Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mana mereka meminta keampunan kepada-Ku. . ." 




(HR Ahmad)




Istikarah kepada Allah ♥ 




Step-By-Step Menunaikan solat Istikarah




SEBELUM Istikharah




  • sebelum menunaikan solat istikharah , hendaklah kita melaksanakan yang WAJIB terlebih dahulu. .selain itu , bagi memudahkan lagy 'proses' istikharah kita dengan-Nya , hendaklah pula kita melaksanakan yang sunat seperti mebaca AlQuran , berdzikir daaaaaaan melakukan solat2 sunat yang 'regular' (taubat , tahajjud , hajat , tasbih) *lebih afdhal ^^* 




  • paling penting ! Istikharah sebenarnya hanya pada perkara dunya yang HARUS sahaja. .



 *contohnya : keliru nak pilih dua tawaran kerja yang bagus ataupun keliru memilh dua pinangan dari pihak juga dari orang yang baik2*


  • selain itu , kita hendaklah 'neutral-kan' apa yang kita mengelirukan kita. . 



*tanpa membuat keputusan sendiri melalui apa yang kita cenderung-kearah-itu sebelum mohon petunjuk ^^*




  • sunat ber-MUSYAWARAH dengan orang yang kita percaya. . 




  • pastikan tidak terlibat dengan sumber yang HARAM. .!!




  • memilih waktu mustajab doa juga merupakan jalan terbaik ! 




  • ber-wuduk dengan sempurna :) 




--------------------------------------------------------------------------------------




SEMASA Istikharah




  • Menunaikan solat sunat dua rakaat. .  




  • Lafaz niat : 




 “Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala”





  • suggestion bacaan surah : Rakaat pertama : Surah al-Kafirun. . Rakaat keduan : Surah al-Ikhlas. .




  •  selepas salam , baca doa istikharah berikut :








Maksud : "YaAllah , aku memohon petunjuk dari-Mu dengan ilmu-Mu , dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu , dan aku memohon daripada-Mu dengan limpah kurnia-Mu yang besar . Sesungguhnya , Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak punya kuasa , dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui bahawa urusan ini (sebutlah urusan yang dimaksudkan) baik bagiku , agamaku , kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat , maka takdirkan ia bagiku dan permudahkan serta berkatilah bagiku padanya . Seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini(sebutlah urusan yang dimaksudkan) mendatangkan keburukan bagiku , agamaku , kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat , maka jauhkan aku daripadanya dan takdirkan kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya ."




(HR Ibn Majah , Abu Daud dan lain2)




------------------------------------------------------------------------------




SELEPAS Istikharah 




Teruskan solat istikharah dan doa istikharah sehingga 3 kali , lebih afdhal 44 hari ^^




Petunjuk istikharah mungkin ada :~




  • bentuk mimpi


  • kecenderungan hati




Jika telah memperoleh jawapan , bersyukurlah kepada-Nya .




Jika jawapan sebaliknya , maka hendaklah kita bersyukur kerana sebenarnya DIA nak memantapkan iman kita supaya pasrah dengan qada' dan qadar ^^ 






..BERSAMBUNG..




.: sekian , wassalam :.





Wednesday, April 18, 2012

Keyboard lappy kena air

Allah3x. . tension nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !


  keyboard rosak sebab semalam terkena air. . .

beberapa key rosak ,tekan lain jadi lain~

 

antara key yang rosak. . 

Huruf Q & Z jadi qz

Huruf T & V jadi tv

Huruf U & B jadi ub

Huruf  P & 'jadi p'

] jadi left arrow dan left arrow xboleh tekan

j jadi spacebarJ spacebar jadi J

dan  right tak boleh tekan. .


*PLEASE HELP ME!!*



abes la bapak bunuh aku~!!!!
 





Masehhh sudi baca !

Tuesday, April 17, 2012

rutin !

Assalamualaykum dan Selamat Sejahtera ! ^^

Rutin harian buat masa ini ^^

Bangun pagi aktiviti kemas rumah  
ke rumah Puan Saura Banu untuk tugas babysitter ! atau ke kelas menjahit  
lepas balik rumah untuk meneruskan kehidupan di rumah ! hehe !


bekerja keras ! oyeah ~ ^^

buat masa sekarang lah ! Allah knows better !

*nak menikmati laksam febret saya bersama ummi terchenta !*

 

kbai !

.: sekian , wassalam :.









Masehhhh ! sudi baca ! ^^




~ yeay ! ~

Assalamualaykum dan Salam Sejahtera ! ^^


dua hari sebelum .

Alhamdulillah ! saya dah siapkan baju kurung moden ! BAJU je pun. . ^^ tapi sekurang2nya saya dah boleh la buat baju kurung moden. . nak buat jubah pun boleh dah ! sebab dasar baju tu sama je. . cume kena tambah labuh baju je la :)

hari ini .

sekarang saya nak belajar cara buat kain pulak (untuk baju kurung moden tersebut) . . kelas pukul 3:30 nanti. . *doa karo* ^^

 

inshaAllah , boleh lah buat sendiri kat rumah. . lukis dasar sendiri , potong kain sendiri dan jahit serta cantum sendiri ! ^^ practice make perfect ! hehe ;) 

.: sekain , wassalam :.








Masehhhh ! sudi baca ! ^^
Kita Allah Punya *si-mata-bulat*